Skip to main content

Posts

Kemungkinan Akan Ada Kerjasama Dengan PH - Zahid Hamidi

UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri ini. Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan. "Namun, kita tahu kenyataan Setiausaha Agung Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jadi satu pendekatan akan diambil oleh UMNO dan BN bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu. "Tetapi ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk merupakan kerajaan yang lebih kukuh dukungannya. "Oleh itu, saya akan kemukakan cadangan nama kepada Sultan Perak untuk perkenan Tuanku dan Tuanku yang akan tentukan secara mutlak. "Kerana, itu kuasa Tuanku sepenuhnya bagi menentukan siapa yang akan diperkenankan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini. Terdahulu, be...

UMNO Dijangka Bentuk Kerajaan Perak Bersama AMANAH, PKR Dan DAP

Selepas hampir tiga jam bermesyuarat, tiada seorang pemimpin UMNO buka mulut untuk mengulas pasca Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak. Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan antara individu yang awal meninggalkan mesyuarat itu. Antara pemimpin pusat lain termasuk Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria. Kesemua mereka selesai bermesyuarat sekitar jam 10.15 malam. Ia disusuli mesyuarat melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang selesai jam 11 malam. Pada Ahad, Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi. UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sok...

Maszlee Keluar Parti Pejuang: Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Percaturan Kuasa

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penarikan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam. "Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain. "Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langk...

Video: Lokman Adam Ditahan Polis Ketika Live Facebook

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis ketika sedang melakukan sesi Facebook Live di sebuah restoran, di sini, malam tadi. Lokman menerusi penstriman langsung bertajuk Setiap MP bakal disogok RM3 juta peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan didatangi pegawai polis sebelum menamatkan sesi tersebut. "Malam ini saya didatangi beberapa anggota polis. Saya tidak tahu apa (benda) yang mereka mahukan. Jadi saya rasa malam ini cukuplah. Polis dah tunggu lama dah," katanya sebelum sesi itu dihentikan serta-merta. Tinjauan Astro AWANI mendapati rakaman sesi Facebook Live itu telah dipadamkan daripada laman Facebook peribadinya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan Lokman bagi membantu siasatan. "Lokman ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komun...

Agong Adakan Rundingan Dengan Raja-Raja Melayu Isu Cadangan Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat Perdana Menteri berhubung cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam. Susulan itu, baginda akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini. "Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19. "Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini. "Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dala...

Bayi Hidap Penyakit Hati Di Luar, Mohon Bantuan Orang Ramai

KUALA NERANG - Seorang penoreh getah di Kampung Perik di sini mengharapkan bantuan bagi meringankan kos rawatan dan keperluan anak bongsunya yang menghidap penyakit 'extracorporeal liver' atau hati berada di luar. Sanudin Ibrahim, 46, berkata, Muhammad Ammar yang berusia tiga bulan merupakan anak kelimanya, dilahirkan secara pembedahan kerana tidak cukup bulan, malah menghidap penyakit jantung berlubang dan tidak mempunyai cuping telinga kanan. Menurutnya, pendapatannya yang tidak menentu sekitar RM600 sebulan sedikit sebanyak memberi tekanan dalam menyediakan kos untuk bertemu pakar perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada setiap sebulan. "Saya juga ambil upah kerja kampung seperti memesin rumput dan jadi buruh bina rumah untuk tampung pendapatan. Apabila musim hujan, memang pendapatan saya makin berkurang. "Pada Isnin ini, anak saya perlu dirujuk ke pakar HSB bagi melihat keadaannya. Namun, pembedahan untuk memasukkan hati ke dalam badan masih ...

Pasangan Penjawat Awam Sorok Dalam Siling Elak Dari Dtangkap Khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak daripada ditangkap berkhalwat. Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 55 tahun itu gagal apabila berjaya dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang melakukan pemeriksaan pada jam 1.10 pagi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang JAIK, Radzi Abdul Mutalib, berkata lelaki yang berstatus suami orang itu tidak memberi kerjasama ketika diminta membuka pintu. Berikutan itu, penguat kuasa JAIK meminta bantuan anggota polis peronda untuk melakukan pemeriksaan dan mengarahkan pintu rumah dibuka. "Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berusia 33 tahun berada di tingkat atas rumah berkenaan dan seorang lelaki bersembunyi di bahagian siling rumah. "Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan hubungan mahram atau suami isteri," katanya hari ini. Radzi berkata, pasangan terbabit didapati beker...