BRAZIL – Seorang remaja perempuan mendakwa telah menggadaikan kesucian wanitanya demi untuk mendapatkan duit kerana terdesak dengan kehidupan keluarga yang miskin. Rosalie Pinho, 19, dari Minas Gerais berkata dia menerima tawaran itu bermula dari € 300,000 (kira-kira £ 264,000) dari 'tuan-tuan' yang ingin bermalam bersama dia. Remaja yang merupakan seorang pelajar itu berkata keluarganya menghadapi kesempitan hidup dan terpaksa berusaha kuat untuk mendapatkan makanan seperti kata pepatah ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Dia berkata harapannya adalah untuk mendapatkan wang yang banyak untuk berpindah ke bandar yang lebih besar dan membeli rumah untuk ibunya serta membayar yuran kolej. Rosalie yang enggan mendedahkan identiti diri sepenuhnya dan tiada sebarang talian untuk dihubungi berkata kepada MailOnline dia juga merancang untuk menubuhkan perniagaannya sendiri dengan wang tunai dan berharap akan membantu kehidupannya tanpa perlu ada masalah kewan...