Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2026

PENGUNJUNG BIMBANG BERUK BESAR DI ZOO

TAIPING, PERAK – Tular satu video memaparkan seekor beruk bersaiz besar di Zoo Taiping yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengunjung baru-baru ini. Rakaman yang dikongsi oleh orang awam itu menunjukkan haiwan berkenaan berada dalam keadaan aktif dan dilihat berpotensi mendatangkan bahaya sekiranya berlaku insiden tidak diingini. Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya jika haiwan tersebut bertindak agresif terhadap pengunjung. Orang ramai turut berharap pihak pengurusan zoo dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara ini, termasuk memastikan tahap keselamatan kandang serta pemantauan haiwan sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Setakat ini, tiada sebarang laporan kecederaan dilaporkan, namun isu berkenaan mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial mengenai keselamatan pengunjung di kawasan zoo.

25 ‘ULAT FOTO’ KLCC DICEKUP POLIS

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Seramai 25 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan jurugambar tidak berlesen atau ‘ulat foto’ ditahan dalam satu operasi khas di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 24 rakyat tempatan termasuk seorang wanita serta seorang warga Filipina berusia antara 16 hingga 48 tahun. Menurut beliau, tangkapan dilakukan menerusi operasi yang dijalankan dari jam 10 malam hingga 1 pagi, susulan aduan serta pemantauan terhadap kegiatan yang dipercayai mengganggu pelancong asing dan pengunjung di kawasan tumpuan tersebut. “Siasatan awal mendapati kumpulan ini bertindak menawarkan perkhidmatan mengambil gambar secara paksa kepada pelancong sebelum mengenakan bayaran tertentu,” katanya. Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Polis turut memaklumkan bahawa operasi pemantauan akan terus dipergiatkan...

LELAKI DITAHAN DISYAKI CURI KABEL DI TELUK INTAN

TELUK INTAN, 1 April – Seorang lelaki tempatan berjaya diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan Kilang Felcra Batu 12, Jalan Bidor, pagi semalam. Suspek ditahan kira-kira jam 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Task Force/RCJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, hasil maklumat serta bantuan orang awam yang terlebih dahulu berjaya menahan individu terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis. Hasil pemeriksaan, pihak polis telah merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut, termasuk satu gulung kabel, satu alat pemotong kabel serta sebilah sabit. Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut, manakala siasatan masih diteruskan.

DUA LELAKI DITAHAN DISYAKI CURI BUAH SAWIT DI LANGKAP

LANGKAP, 1 April – Tindakan dua lelaki tempatan yang dipercayai mencuri buah kelapa sawit berakhir apabila mereka berjaya diberkas pihak polis dalam satu operasi rondaan cegah jenayah petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang di kawasan kebun sawit Jalan Kampung Pelawan apabila sepasukan anggota polis menjalankan rondaan di bawah Ops Sawit sebelum terserempak dengan dua individu dalam keadaan mencurigakan. Menurut sumber, kedua-dua suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan selepas tindakan pantas anggota bertugas. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah di lokasi kejadian. Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan mencuri buah sawit, termasuk 11 tandan buah kelapa sawit, sebatang galah sawit bersabit serta dua batang besi untuk kerja memuatkan hasil sawit. Semakan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai re...