Skip to main content

'Abang Belon' mulakan tindakan undang-undang pada pegawai DBKL


Peniaga belon, Muhammad Za’imuddin Azlan, yang mengalami kecederaan susulan insiden kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Mac lalu sudah memulakan proses perundangan terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Peguamnya, Rafique Rashid Ali, berkata mereka sudah menghantar surat kepada pihak DBKL hari ini bagi mendapatkan maklumat lengkap pegawai penguat kuasa terlibat dalam insiden itu sebelum membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

Katanya, surat tersebut ditujukan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan DBKL serta kepada Pengarah Bahagian Penguat Kuasa DBKL.

“Kami secara rasmi memohon penama-penama pegawai penguat kuasa DBKL yang terlibat untuk dibekalkan nama dan pangkat mereka.

“Kami merasakan ada keperluan mendesak untuk memulakan tindakan undang-undang sivil terhadap pihak pegawai berkenaan, sama ada boleh buat notis tuntutan dulu atau saman terus,” katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 6 April lalu, Muhammad Za’imuddin - yang juga dikenali sebagai Abang Belon - didakwa berisiko lumpuh kekal susulan kecederaan pada tulang belakang ekoran kekecohan yang berlaku dengan penguat kuasa DBKL.

Pengamal perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal, memberi gambaran betapa kecederaan dialami lelaki berusia 28 tahun itu sebagai serius, berdasarkan laporan awal oleh hospital.

Dia berkata kecederaan dialami Abang Belon diklasifikasikan sebagai T12 compression.

Rafique berkata, tindakan undang-undang itu diambil selepas pihaknya mendapat laporan penuh perubatan Z'aimuddin yang dikeluarkan Hospital Serdang.

Jelasnya, laporan rawatan itu mengesahkan berlaku kecederaan dialami anak guamnya akibat kejadian itu yang boleh membawa kepada risiko lumpuh, sekali gus menafikan tuduhan dia hanya berlakon.

“Sampai sekarang Abang Belon masih pakai alat bantuan sokongan.

“Kita juga sedia pertimbang untuk tindakan terhadap pengguna media sosial yang fitnah Abang Belon, sama ada saman malu, ganti rugi dan sebagainya,”kata peguam berkenaan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...