Skip to main content

Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi



PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan.

ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, berkata ia berdasarkan laporan kimia diperoleh daripada sampel spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan yang berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati.

"Keputusan laporan ini dikeluarkan oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon yang berpadanan dengan profil DNA daripada spesimen tulang berlabel Zayn Rayyan Abdul Matin," katanya ketika ditanya Hakim Dr Syahliza Warnoh tentang pemilik darah itu

.Mohd Hafizee, yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, berkata darah yang ditemukan di bilik air adalah milik tertuduh pertama iaitu Zaim Ikhwan Zahari manakala darah dalam bilik pula ialah milik si mati.

Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari ke-18 perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan.
Semalam, Mohd Hafizee memberitahu mahkamah terdapat kesan darah di bilik air dan dalam bilik di rumah Zayn Rayyan semasa pasukan forensik melakukan proses luminol (mendapatkan tindak balas kesan darah) di rumah kanak-kanak itu di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan kepada mahkamah siapa pemilik darah terbabit.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berhubung sampel tanah yang diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia, Mohd Hafizee berkata hasilnya adalah negatif kerana berasal dari sumber berbeza.

Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah beliau mengarahkan pasukan forensik mengambil sampel tanah berhampiran lokasi si mati dijumpai untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis selepas terlihat sepasang kasut hitam yang memiliki kesan lumpur di sebelah peti ais di sebuah bilik di hadapan dapur.

Disoal Raja Zaizul Faridah sama ada siasatan lain dibuat terhadap pengasuh Zayn Rayyan iaitu Auni Afiqah Abas, Mohd Hafizee menjawab,"Berdasarkan keterangan Auni yang juga saksi pendakwaan ke-17, beliau ada mendengar suara seperti Zayn Rayyan seolah-olah cuba melepaskan diri namun saya mendapati Auni gagal mengenal pasti suara tersebut adalah si mati".

Beliau berkata Ismanira telah menghantar Zayn Rayyan dan adiknya ke rumah Auni setiap hari.
Kepada soalan mengenai nama si mati dalam sijil kelahiran yang berbinkan Abdul Matin dan bukannya Zaim Ikhwan Zahari, saksi itu menjawab, "Siasatan saya mendapati Zaim Ikhwan dan Ismanira telah berkahwin di Narathiwat, Thailand sekitar Jun 2016 dan telah terlewat daftar perkahwinan di Malaysia. Oleh itu, si mati berbinkan atas 99 nama Allah".

Ismanira dan Zaim Ikhwan, yang berumur 30 tahun, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.
Perbicaraan bersambung esok.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...