Skip to main content

NGO Bersama Mangsa Penipuan Gesa Polis Siasat


Seramai 93 mangsa skim penipuan pelaburan bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (Pakin) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan semakan semula siasatan agar tindakan setimpal diambil terhadap ‘scammer’.

Setiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa telah membuat laporan polis pada tiga bulan lalu dan terdapat kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atau kes sivil.

“Malah ada pendakwaan dilakukan di Melaka, namun hanya membabitkan lapan saksi pendakwaan.

“Bagaimana kes yang membabitkan hampir ratusan mangsa, namun lapan orang sahaja menjadi saksi pendakwaan?

“Apakah ini bukannya dengan jelas menunjukkan satu jenayah penipuan terancang, sekiranya bukan, pengadu dan mangsa memerlukan jawapan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Jelas Hishammuddin, kesemua mangsa yang majoritinya warga emas itu telah terperdaya dengan penipuan pelaburan saham oleh dua syarikat membabitkan kerugian sebanyak RM10.48 juta.

Katanya, kedua-dua syarikat itu dikatakan bertindak sebagai ejen pemasaran untuk mempromosikan pelaburan tersebut dengan mendakwa ia dijalankan syarikat berdaftar dan terkemuka di luar negara.

“Antara modus operandi syarikat-syarikat tersebut apabila mereka menggunakan sistem e-wallet dan menawarkan pembelian unit saham melalui mata wang kripto.

“Individu yang berminat perlu menandatangani perjanjian untuk tempoh beberapa tahun sebelum memperoleh pulangan hasil pelaburan.

“Malah, pelabur diberikan surat perjanjian dalam bahasa Inggeris dan jumlah muka surat yang tebal serta banyak sehinggakan sukar difahami mangsa,” katanya.

Menurut Hishamuddin, apabila tempoh perjanjian tamat pada 2019, mangsa sehingga kini tidak mendapat sebarang pulangan hasil wang yang dilabur.

Tambah beliau, mangsa telah pergi ke syarikat atau cuba berjumpa dengan mereka yang bertanggungjawab dalam pelaburan tersebut, namun didakwa tidak diendahkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati syarikat yang kononnya berdaftar di Amerika Syarikat sebenarnya mempunyai ibu pejabat di Selangor.

“Berdasarkan carian profil, menunjukkan ejen pemasaran dan syarikat yang menawarkan pelabiran itu mempunyai alamat sama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...