Skip to main content

26 Mangsa Penipuan Koperasi Di Kelantan Buat Aduan Di Suruhanjaya Koperasi Malaysia


KUALA LUMPUR – Seramai 26 mangsa yang kerugian lebih RM2 juta daripada pelaburan dalam sebuah koperasi berselindung di sebalik konsep patuh syariah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bercakap kepada MalaysiaGazette, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berkata,, pelbagai bentuk pelaburan ditawarkan kepada mangsa menggunakan nama dan syarikat sendirian berhad, sedangkan kegiatan dikuasai sepenuhnya ahli lembaga koperasi itu.

Datuk Hishamuddin Hashim berkata, syarikat sendirian berhad adalah pelaksana 10 jenis skim pelaburan ditawarkan bagi mengaburi mata dan mengelirukan mangsa lagi-lagi menggunakan alasan patuh syariah.

“Mangsa-mangsa ini sudah melakukan pelbagai usaha dan inisiatif bagi berbincang, berunding, bersemuka dengan syarikat koperasi ini namun hanya alasan dan kekecewaan sahaja. Jelas sekali mereka telah ditipu. Kerana itulah kumpulan datang meminta bantuan MHO.

“Kita sudah buat laporan polis, juga telah membuat sidang media mendedahkan perkembangan kes ini dan hari ini kita hadir menyerahkan aduan kepada SKM. Jika kita lihat, semua tawaran program langganan saham oleh syarikat ini tidak patuh undang-undang.

“Antara undang-undang yang telah diperuntukan untuk kawal selia syarikat pelaburan Malaysia termasuklah Akta Skim Kepentingan 2012, Akta Syarikat 2016, Capital Markets and Services Act 2007, Akta Suruhanjaya Sekuruti Malaysia 1993 dan Anti Money Laundering 2001, kita mohon syarikat koperasi ini disiasat,” katanya.

Kata Hishamuddin yang juga seorang pengamal undang-undang, pakej pelaburan ditawarkan syarikat juga tidak munasabah dengan mangsa mendakwa tidak pernah menerima bayaran dividen dijanjikan.

“Perbuatan ini tidak adil dan melampau kerana ada antara mangsa menggunakan wang simpanan mereka untuk melabur tetapi menjadi mangsa penipuan lagi-lagi guna pakai konon patuh syariah.

“Kita mahu pihak berwajib untuk segera mengambil tindakan siasat secara telus ke atas koperasi serta syarikat berkenaan yang sewenangnya menggunakan wang pelaburan daripada mangsa. Sebelum ini mangsa ada buat laporan namun telah juga diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Alasan yang diberikan pula mangsa mempunyai perjanjian serta menerima sebahagian dividen mereka. Ia tidak adil kepada mangsa kerana kita dapati kes ini jelas mempunyai elemen penipuan dan pecah amanah, adakah pelaku hendak dibiarkan terus bermaharajalela kerana alasan ini?,” tegasnya. -MalaysiaGazette

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...