Skip to main content

Warga Emas Jadi Mangsa Penipuan Pelaburan


KUALA LUMPUR: Kira-kira 84 warga emas ditipu syarikat pelaburan tidak berdaftar atau tidak wujud setelah terlibat dalam satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamudin Hashim berkata, pihaknya menerima 84 aduan kes penipuan skim pelaburan daripada warga emas.

“Konsep pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah dijanjikan satu pemulangan dividen lumayan dan manfaat-manfaat lain tetapi sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, Ahmad Nazri Ibrahim dan aktivis MHO, Andrew Foo.

Kata Hishamuddin, kira-kira RM12 juta direkodkan hasil penipuan skim pelaburan syarikat daripada 84 warga emas terlibat.

Menurutnya, syarikat tersebut bertindak sebagai ejen pemasaran dan menguruskan proses urusan dengan mengarahkan mangsa melalui wakil syarikat tersebut untuk memasukkan atau menyerahkan wang pelaburan mereka ke dalam pelbagai akaun bagi mengaburi mata mangsa menyertai skim pelaburan.

“Konsep atau modus operandi yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah mereka akan mencari pelanggan yang berminat.

“Setelah itu, syarikat tersebut menawarkan pelbagai bentuk pelaburan yang diberikan pelbagai nama untuk mengelirukan mereka,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa telah membuat polis tetapi laporan tersebut diklasifikasikan sebagai ROR (Rujuk Laporan Lain).

Dalam pada itu, seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menggunakan duit anaknya untuk melabur namun ditipu skim pelaburan syarikat.

Katanya. dia kerugian RM50,000 dan ada juga dia dibayar menggunakan secara tunai namun tidak dapat dijadikan sebagai bukti laporan polis.

Sementara itu, Ong Eng Nam, 70, yang turut menjadi mangsa penipuan skim pelaburan itu berkata, sebanyak lima laporan polis dibuat namun laporannya juga diklasifikasikan sebagai ROR.

Selain itu, dia juga telah melaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta Bank Negara Malaysia namun tiada tindakan diambil.

Turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) En Zakir Halim (Zack). 

Justeru, MHO menggesa plis membuka kertas siasatan dilaporkan mangsa yang diklasifikasikan sebagai ROR untuk menangkap suspek dan memulangkan semula hasil pendapatan mereka. – UTUSAN

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...