Skip to main content

Gambar Tular Di Media Sosial Seorang Peniaga Cendol Disamun Oleh Seorang Lelaki Di Sebuah Bank


BERA - Seorang lelaki ditahan pada Rabu selepas disyaki menyamun seorang peniaga cendol dekat ruangan mesin pendeposit tunai (CDM) di sebuah bank dekat Kemayan pada Isnin.

Dalam kejadian terbabit, mangsa yang berusia 60 tahun datang ke bank itu untuk menyimpan wang hasil jualan pada hari berkenaan sebelum disamun menggunakan tukul besi dan ditemui terbaring di ruangan mesin pengeluaran tunai (ATM) terbabit.

Ketua Polis Daerah Bera, Superitenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek yang juga seorang penganggur berusia 32 tahun itu ditahan di jalan besar simpang Bukit Mendi Mengkuang dekat sini hasil Ops Cantas yang dijalankan kira-kira jam 11.45 pagi.

Menurutnya, pihak polis turut merampas merampas wang tunai RM1,015, sehelai baju sejuk berwarna hijau, sehelai seluar panjang hijau muda, sehelai baju t- shirt biru, satu unit topi wama merah hitam dan sepasang selipar hitam.

"Satu maklumat telah diterima oleh anggota polis pada 5 Jun lalu kira-kira jam 3.02 petang iaitu seorang lelaki cedera di bahagian kepala dijumpai terbaring di ruangan ATM sebuah bank di Kemayan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di ruangan ATM bank itu, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang, di mana suspek telah berdiri di belakang mangsa ketika melakukan transaksi bagi memasukkan wang melalui mesin pendeposit tunai.

"Sejurus mangsa mengeluarkan wang, suspek telah mengeluarkan satu tukul besi yang disorokkan di dalam baju bahagian hadapan dan bertindak menghayun tukul yang dipegang menggunakan tangan kanan ke belakang kepala mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Zulkiflee, apabila mangsa rebah, suspek terus merampas wang tunai dari tangan mangsa yang sedang terbaring sebelum melarikan diri sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM2,000.

"Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kemayan dan dirujuk ke Hospital Temerloh bagi rawatan lanjut.

"Hasil daripada semakan CCTV di tempat kejadian juga mendapati pakaian yang dirampas merupakan pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian," ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkiflee memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan sewaktu melakukan rompakan iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...