Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian saringan perlu dilakukan bagi mengesan sekiranya wabak Covid-19 telah menjangkiti pengunjung pasar.
"Sama seperti kluster tabligh, mereka dinasihatkan tampil melakukan saringan sekiranya bergejala seperti batuk, selesema dan sesak nafas," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.