Skip to main content

Ibu Tunggal Sorok Dadah Pada Pakaian Dalam Ditahan Bersama Rakan Lelaki

Anggota polis menyoal wanita yang ditahan kerana memiliki dadah dan pasangannya yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan mengejut di Pantai Johor, malam tadi. Foto/NSTP/Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal memberi alasan terpaksa keluar malam untuk bertemu empat anaknya ketika ditahan polis dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Pantai Johor di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan pada jam 11 malam itu, mendapati wanita berusia 28 tahun itu memiliki dadah jenis syabu dan heroin yang disembunyikan pada pakaian dalam yang dipakainya.

Dia ditahan ketika menunggang motosikal bersama rakan lelakinya berusia 32 tahun ketika dalam perjalanan menuju ke rumah keluarganya di Jalan Pegawai.

Wanita itu turut memberi alasan baru berbuka puasa di rumah keluarga teman lelakinya di Malau, Jitra, sebelum ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata pihaknya merampas dua paket plastik disyaki dadah heroin dan syabu ketika pemeriksaan dilakukan.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati wanita terbabit positif morfin dan pasangannya mempunyai rekod lampau kes samun di Jitra.

"Bagaimanapun, lelaki itu ditahan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Mohd Rozi berkata, wanita itu ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Sementara itu, dalam pemeriksaan mengejut di lokasi sama, polis menahan lima lagi lelaki berusia antara 26 hingga 39 tahun kerana ingkar PKP.

Beliau berkata, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kukuh yang membolehkan mereka keluar pada waktu malam.

"Mereka memberi pelbagai alasan namun tidak diterima dan mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...