Powered by Blogger.

Saturday, April 25, 2020

Langgar PKP Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid Hamidi

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah yang dipercayai pelanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut disiasat suami Nurul Hidayah, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020.

Menurut polis, ia kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan atau apa-apa yang berbahaya kepada nyawa dan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

Nurul Hidayah sebelum ini memuat naik gambar di Instagram dipercayai memaparkan perbuatan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar tersebut memaparkan beliau dan suami berjumpa dengan Menteri Hal Ehwal Agama dan Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Tegasnya tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP. - Astro AWANI