Skip to main content

Gadis Hidap COVID-19 Sayu Tak Dapat Urus Jenazah Bapa 😭😭

Syahira (kiri) bersama arwah bapanya dan ibunya. Ihsan Twitter Syahira Idris
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dijangkiti COVID-19, hanya mampu menitipkan doa dari jauh kepada bapanya yang disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, hari ini.

Menerusi Twitter, Syahira Idris menzahirkan kesedihan kerana tidak dapat membantu menguruskan jenazah bapanya kerana dikuarantin di hospital bersama kakaknya, yang turut dijangkiti pandemik itu.

“Dengan berat hati, ayah saya Idris bin Atan telah pun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat.

“Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

“Seperti dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital.

“Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital. Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah,” katanya, menjelaskan bapanya bukan antara jemaah tabligh yang hadir ke Masjid Seri Petaling, awal bulan ini.

Nukilan Syahira yang meruntun hati itu, mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan arwah bapanya serta mendoakan keluarganya diberi kekuatan moral berdepan kesukaran itu.

Syahira turut memuat naik gambarnya bersama bapa dan ibunya, sambil mengucapkan terima kasih kerana Idris menjadi seorang bapa dan suami yang baik.

“Ayah kini di tempat lebih baik sekarang. Kami sayangkan ayah, tapi Allah lebih sayangkan kamu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kematian ketujuh, yang juga kes ke-290 dijangkiti COVID-19 membabitkan lelaki berusia 57 tahun, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 daripada kluster tabligh.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

“Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...