Powered by Blogger.

Sunday, January 19, 2020

Video: Tahi bintang Bentuk Bola Api Dikesan Lintasi Ruang Udara

:
PUERTO RICO – Sebutir tahi bintang berbentuk bola api (meteor) dikesan melintasi ruang langit di Puerto Rico selepas beberapa siri bencana gempa bumi.

Fenomena luar biasa itu kini dianggap petanda akhir zaman oleh penduduk tempatan di pulau Caribbean itu, lapor Daily Star yang memetik sumber.

Penduduk di beberapa kawasan Amerika Syarikat mengalami gempa bumi yang kuat sejak awal tahun ini dan mereka menganggap meteor itu petanda bencana.

Kepulauan berkenaan baru sahaja dilanda bencana dahsyat taufan Maria sejak 2017 yang telah mengorbankan 3,057 mangsa.

Penduduk Puerto Rico yang menyaksikan kejadian itu telah berkongsi video berkenaan yang kini tular di media sosial.

Dalam pada itu, Satelit Khidmat Cuaca Kebangsaan merakamkan kejadian itu kira-kira jam 4.30 waktu tempatan dan turut dikongsi beberapa saksi.

“Ia merupakan perkara paling menarik dan sangat menakjubkan malah gila kerana merupakan kali pertama meteor besar seperti bola api berlaku di sekitar lautan di Rincón, Puerto Rico.

“Bagaimanapun ramai yang menganggap jika perkara itu melanda mungkin petunjuk kepada bencana dan kita akan menghadapi keadaan lebih buruk selepas ini,” kata Jason Rom. - Sinar Harian