Skip to main content

Datuk Rogol Cucu Berusia 15 Tahun Hingga Lahirkan Anak.


Indonesia - Seorang datuk tergamak merogol cucunya yang baru saja berusia 15 tahun sejak dia berusia 13 tahun sehingga melahirkan anak luar nikah, ini amat mengejutkan ibu bapa mangsa yang tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku terhadap anak gadis mereka.

Pada mulanya ibu bapa mangsa amat terkejut apabila anak mereka telah melahirkan seorang bayi tanpa mengetahui siapa sebenarnya yang telah menghamilkan anak gadis mereka, tetapi setelah didesak akhirnya mangsa telah mendedahkan bahawa dia telah di rogol oleh Atuk yang berusia 50 tahun.

Atuk merupakan abang ipar kepada datuk kandung mangsa, malah mangsa juga menceritakan bahawa atuknya itu telah merogolnya sejak dia berusia 13 tahun iaitu sejak dua tahun yang lepas.

Ibu bapa mangsa yang terkejut dengan pengakuan anaknya itu kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Belinyu.

Bertindak atas laporan pihak polis telah menahan Atuk dan hasil siasatan mendapati bahawa kejadian tidak bermoral tersebut telah berlanjutan sejak dari tahun 2017 sehinggalah terbongkarnya perbuatan terkutuk Atuk tersebut terhadap cucunya apabila mangsa telah melahirkan seorang bayi.

Menurut siasatan pihak polis, Atuk tersebut telah merogol cucunya di sebuah pondok sebuah taman dengan menggunakan kekerasan serta telah mengungut mangsa bagi tujuan memaksa mangsa untuk melakukan persetubuhan dengannya.

Kejadian ini telah meninggalkan kesan trauma terhadap mangsa sehinggalah dia melahirkan anak pada awal bulan yang lalu.

Tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol kanak-kanak di bawah umur dan penyalahgunaan seks ke atas kanak-kanak.


Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...