Powered by Blogger.

Tuesday, February 19, 2019

Gerakan Tun Mahathir Letak Jawatan Telah Bermula


Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim muncul di sekitar Kuala Lumpur.

Setakat ini, ia dikesan dipamer di dua tempat, iaitu Bangsar dan Taman Permata, Kuala Lumpur.

Di Bangsar ia digantung di jejantas Jalan Bangsar, berdekatan stesen LRT Abdullah Hukum.

Di Taman Permata pula, difahamkan ia digantung di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar raya besar Giant.

Kain rentang itu bertulis “Mahathir letak jawatan! Anwar Ibrahim PM ke-8 demi selamatkan Malaysia”.

Turut dimuatkan gambar Anwar dan logo PKR.

Namun, setakat ini belum terdapat maklumat pihak mana yang bertanggungjawab menggantungnya.

Sementara itu, PKR akan membuat laporan polis berkaitan penggantungan kain rentang itu.

“Pagi tadi, satu kain rentang fitnah politik yang berniat jahat telah dinaikkan di jejantas Jalan Bangsar di depan Apt Abd Hukum/Putra Ria.

“Saya percaya ia dibuat oleh musuh politik Pakatan Harapan.

“Saya telah arah anggota PKR untuk segera turunkan dan buat laporan polis berkenaan insiden ini,” kata anggota parlimen kawasan itu daripada PKR Fahmi Fadzil.