Skip to main content

Pakatan Harapan Perlu Lebih Masa Laksana Janji Manifesto.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai memberikan lebih masa untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan manifestonya.

Beliau berkata janji itu dirangka berdasarkan maklumat yang ada pada mereka ketika itu tetapi keadaan kerajaan "jauh lebih teruk" berbanding jangkaan awal.

Sementara itu menurut kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan sepuluh janji dalam masa 100 hari mentadbir negara,

"Saya berkata benar, (walaupun) nampak 100 hari tidak seperti apa yang kita harapkan. Kita sudah cuba sedaya upaya," katanya kepada pemberita di Parlimen pagi ini.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk menunaikan apa yang dinyatakan manifesto HARAPAN pada PRU ke-14.

"Ia bukan mudah kerana kita berada dalam kedudukan janggal, kita tiada maklumat cukup untuk benar-benar tahu masalah, kemudian kita dapat tahu betapa besar masalah yang ada.

"Saya tidak memberi alasan," katanya lagi.

Ditanya sama ada kerajaan patut meminta maaf kepada rakyat kerana gagal menunaikan janji pada waktu yang ditetapkan, beliau menjawab: "Taklah".

Presiden PKR itu bagaimanapun berpuas hati apabila salah satu janji, Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) - yang merupakan fasa pertama program caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah - sudah pun dimulakan.

Ia adalah program bawah porfolionya sendiri iaitu kementerian wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...