Skip to main content

Tarik Balik Saman Fitnah, Najib Kena Bayar RM30,000


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik saman fitnahnya terhadap Anggota Parlimen Damansara, Tony Pua.

Saman itu sebelum ini difailkan Najib berhubung kenyataan Pua mengenai pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Jenayah) 1965 (Akta 355).

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab berkata penarikan balik itu tidak akan menjejaskan Pua, walaupun anggota parlimen DAP itu dibenarkan mencabar injunksi sementara di Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan apabila plaintif memohon untuk menarik balik saman.

"Di sini, permohonan plaintif adalah tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman itu. Saya membenarkan penarikan balik saman ini tanpa kebebasan untuk memfailkan semula," katanya.

Zaki juga mengarahkan Najib membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Pua dalam tempoh dua minggu.

Awal bulan ini Najib dilaporkan mahu menarik balik saman itu, yang kedua difailkan terhadap Pua.

Saman itu berdasarkan rakaman video secara langsung sidang media yang diadakan Pua di lobi parlimen pada April tahun lepas, yang mendakwa pembentangan pindaan Akta 355 oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu adalah untuk mengalihkan isu 1MDB.

Bagaimanapun, Pua yang telah diberikan injunksi sementara terhadap Najib sejak tahun lepas, tidak mahu saman itu ditarik balik.

Inilah kali pertama berlaku di hadapan Mahkamah Tinggi di mana defendan tidak mahu saman yang difailkan terhadapnya ditarik balik.

Bulan lepas, Pua dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan, yang menolak rayuannya dan memutuskan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu 1MDB.

Pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada Jumaat ini - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...