Skip to main content

Ramasamy Dituduh Terlibat Dengan Pemberontak (LTTE) Sri Lanka


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang merupakan pemimpin DAP dikatakan telah mempersoalkan keputusan kerajaan yang enggan mengusir Zakir Naik yang merupakan seorang penceramah kontroversi.

Beliau turut menafikan bahawa dia terlibat dalam kumpulan pemisah Tamil Sri Lanka walaupun gambarnya telah tersebar di media sosial yang menunjukkan dirinya sebagai sebahagian daripada jawatankuasa Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

Gambar tersebut yang telah diambil pada tahun 2004 menunjukkan dirinya yang mengkritik Putrajaya disebabkan ke engganan untuk mengusir Zakir yang dikatakan berdepan tuduhan berkaitan keganasab di India.

Beliau telah turut mengambil bahagian dalam mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE.

Walau bagaimanapun semalam, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan Mufti Perlis serta penyokong kuat Zakir telah berkongsikan kirimannya di facebook meminta agar pihak berkuasa menyiasat Ramasamy yang dikaitkan dengan LTTE yang telah diklasifikasikan sebagai sebuah organisasi pengganas.

Terdapat lebih 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang menganggap bahawa LTTE merupakan satu organisasi pengganas.
 

“Pengganas sebenar menuduh orang lain sebagai pengganas,” tulisnya di Facebook.

Namun begitu ketika dihubungi oleh FMT, Ramasamy menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE merupakan sebahagian daripada kumpulan pemberontak.

Ianya bukanlah dalang disebalik perang saudara yang telah pun terjadi sejak puluhan tahun di Sri Lanka yang mengorbankan nyawa ratusan ribu orang yang telah terbunuh.

Menurut beliau jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan oleh kerajaan Sri Lanka sendiri selepas perjanjian damai telah berjaya di capai antara colombo dan LTTE.

“Saya dijemput untuk menjadi sebahagian jawatankuasa itu, yang terdiri daripada anggota LTTE dan bukan LTTE termasuk ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia,” katanya merujuk kepada Sekretariat untuk Menyelaras Proses Damai (SCOPP).
 

“Ideanya adalah untuk mendapatkan Cadangan Pentadbiran Interim.”

Beliau memberitahu bahawa dia telah diminta untuk menyertai jawatankuasa terbabit adalah kerana dia telah menulis mengenai kejadian konflik yang berlaku di Sri Lanka.

"Saya tidak merasa terganggu dengan persepsi orang ramai terhadap LTTE sebagai organisasi pengganas.

“Malah ianya tiada apa-apa, tetapi jawatankuasa itu ditubuhkan untuk membantu proses damai dan mengakhiri konflik bersenjata,” katanya.
 

Beliau juga turut memberitahu bahawa dirinya terlibat dalam proses damai di Aceh, yang merupakan satu-satunya konflik di Indonesia yang membabitkan aksi pemberontakan bersenjata yang dilancarkan oleh Gerakan Aceh Merdeka.

Beliau diminta memainkan peranan sebagai penasihat dalam proses damai di Aceh adalah kerana berdasarkan pengalamannya di Sri Lanka.

Beliau berkata beliau tetap teguh dengan pendirian bahawa Malaysia perlu mengekstradisi Zakir selaras dengan perjanjian ekstradisi dengan India.
 

Malah beliau juga turut menegaskan bahwa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada LTTE, saya tidak menyokong sebarang organisasi pengganas atau pejuang bersenjata.”

Semalam, Ramasamy mempersoalkan jika ada “perjanjian rahsia” antara kerajaan Malaysia dan India, selepas Putrajaya enggan mengusir Zakir.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap, selagi beliau tidak menimbulkan masalah. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...