Skip to main content

Kelibat Rusa Albino Yang Amat Jarang Ditemui Berjaya Dirakamkan.


Illinois, chicago - Seorang lelaki amat terkejut apabila buat pertama kalinya dia telah terserempak dengan rusa berwarna putih yang dipanggil Albino Whitetail yang jarang sekali dijumpai.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Wes Jackson memberitahu dia sebenarnya hanya sedang memerhatikan kawasan terbabit bagi musim memburu yang akan datang tidak lama lagi di bahagian selatan Illinois .

Walaubagaimanapun dia amat terperanjat apabila secara tidak sengaja telah terlihat kelibat seekor rusa jantan albino Whitetail yang sangat cantik dan amat jarang sekali ditemui.

Ketika itu Jackson dikatakan sedang berada di White Country pada hari Selasa yang lalu bagi tujuan melihat kawasan yang akan menjadi tempat buat pemburu membuat buruan mereka.

Rusa albino tersebut tidak bersendirian ketika Jackson melihatnya, malah terdapat juga rusa yang biasa turut berada bersamanya.

Walau bagaimanapun kelihatan rusa berkenaan yang seakan berada dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak terkejut sama sekali dengan kehadiran pemburu di sana.

Malah kelihatan rusa albino berkenaan yang hanya meneruskan perbuatan mereka memakan daun-daun yang berada disekitarnya serta seakan sambil sedang menikmati bunyi kicauan burung dalam keadaan cuaca yang baik tersebut.

Manakala rusa biasa tersebut dilihat terus memandang ke arah Jackson tanpa bergerak dan mendiamkan diri seakan batu.

Hanya selepas satu minit rusa biasa tersebut mula kelihatan seakan semakin kurang takut dengan Jackson dan mula meneruskan perbuatannya memakan daun yang berada di sekitarnya.

Namun begitu dapat dilihat walaupun rusa tersebut seakan tridak mengendahkan Jackson namu setiap beberapa saat kelihatan rusa tersebut kembali mendongakkan kepala seakan berjaga-jaga dengan kelibat Jackson di situ.

Tetapi berbeza dengan rusa albino tersebut yang seakan tidak menyedari kelibat Jackson di situ dengan berjalan mengikut sesuka hatinya sambil memilih daun yang hendak dimakannya sambil berjalan dengan tenang.

Menurut Jackson dia pernah melihat rusa albino tetapi ketika itu ditangannya tidak terdapat kamera menyebabkannya tidak dapat merakamkan kelibat rusa albino berkenaan tetapi tidak kali ini kerana pada kali ini dia telah datang ke sana dengan bersiap sedia bersama kamera di tangannya.

Oleh kerana rusa albino amat jarang ditemui maka adalah haram bagi mereka menembak rusa albino berkenaan di kawasan Illinois serta beberapa bahagian di Montana, Tennessee dan Wisconsin.-Daily Mail

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...