Skip to main content

MCA Jangan Lupa, PRU13 Mereka Telah Hilang Upaya? Tapi UMNO Yang Mengendong Mereka.


Persengketaan antara UMNO dan MCA belum ada penyelesaiannya selepas Barisan Nasional kalah PRU14 lepas.

Menurut laporan Berita Harian Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata era parti itu menanggung dan mengendong MCA yang sudah lumpuh sudah lama tamat.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), MCA kalah teruk dan UMNO yang menyelamatkan parti itu dengan memberikan jawatan dalam Kabinet kepada pemimpinnya.

"Apakah MCA lupa sejak PRU-13, MCA telah di serang "angin ahmar" dan hilang upaya? Tapi kita tetap mengendong mereka. Mereka diberi tempat yang empuk dalam kerajaan dengan harapan mereka pulih.

"Apa yang terjadi? Bukan saja mereka tidak pulih, malah mereka hilang upaya kekal sama sekali. Mereka bukan saja gagal dengan rakyat, malah gagal menawan hati ahli mereka sendiri. Hingga ke saat akhir di mana jentera parti di susun rapi, tapi MCA gagal mengenal pasti penyokong dan jentera.

"Mereka hanya minta dipapah dan dikendong," katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Tulisan itu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyatakan MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO.

Dalam wawancara bersama Sin Che Daily kelmarin, Ka Siong membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan MCA kini akan membuat keputusan sendiri.

"Bawah pimpinan sekarang, apa saja yang diperkatakan UMNO bukan lagi tanggungjawab kami. Apa saja (hal salah) yang dikatakan bekas menteri dan pemimpin dulu, saya tidak akan 'membayar' bagi pihak mereka. Maaf, kami tidak akan lagi berbuat demikian," katanya.

Annuar berkata, UMNO tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kegagalan rakan dalam parti komponen kerana ada rasa hormat dan tertib kepada MCA.

Bagaimanapun, katanya, kenyataan Ka Siong itu umpama 'memijak kawan bila terjatuh'.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum PRU-14, MCA memberi laporan kononnya pengundi Cina menunjukkan peningkatan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

"Kononnya 25 hingga 35 peratus menyokong BN. Apa realitinya? Hanya dua peratus lebih sahaja pengundi Cina memilih BN dan ia menjadi faktor terbesar tewasnya berpuluh kerusi yang mempunyai ramai pengundi Cina termasuk kerusi Presiden MCA sendiri," katanya

Ternyata katanya MCA telah gagal sama sekali mengekang aliran mengundi mengikut polarisasi kaum yang dipelopori DAP dan hakikat ini perlu diakui parti itu.

"Justeru kenyataan seolah-olah MCA yang selama ini mengendong UMNO, perlu difikir dengan hati yang jujur, lainlah kalau serangan 'angin ahmar kali kedua selepas PRU-13 dulu begitu parah sehingga MCA bukan saja lumpuh dan hilang upaya, tetapi turut hilang daya berfikir', kalau begitu, mungkin ada baiknya MCA buat persiapan untuk membeli "batu nisan" mereka sendiri.

"Harap Maaf sahabat saya Datuk Wee Ka Siong, jangan sesekali cuba memperlekehkan kami," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...