Sedih! Bayi Lelaki Cukup Sifat Dibuang Di Depan Masjid


AYER KEROH-Anak adalah anugerah terindah daripada Allah swt kepada umatnya.Anak juga merupakan amanah daripada Allah yang sepatutnya disayangai dan dibelai manja oleh ibu bapa mereka.

Sebak melihat semakin lama semakin meningkat jumlah pembunagan bayi di negara ini seolah-oleh anak yang dilahirkan seperti tiada harga diri dimata mereka.

Kes terbaru ini berlaku di Melaka apabila seorang bayi lelaki telah ditemui di dalam sebuah kotak.Bayi malang ini diletakkan di hadapan Masjid Ar-Rahman Parit Gantung Sungai Rambai, Jasin Melaka pagi tadi.

Bayi lelaki cukup sifat ini telah dibalut menggunakan kain berwarna biru gelap.Turut ditemui disisi bayi ini adalah botol susu dan sebungkus susu tepung.

Salah seorang daripada jemaah masjid telah menemui bayi ini semasa mahu menunaikan solat subuh kira-kira jam 5.45 pagi.


Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata,bayi lelaki itu berusia tiga hari dalam keadaan sihat.Kejadian tersebut disedar oleh seorang jemaah wanita yang memaklumkan keadiaan itu kepada bilal masjid yang bertugas.


Hasil siasatan awal mendapati,tali puast bayi lelaki itu telah dipotong dan diikat menggunakan reben sebelum bayi ini dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

Arshad menegaskan kepada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan untuk memudahkan pihak polis mengenal pasti kedua ibu bapa kepada bayi malang ini.

Walau bagaimanapun,masjid ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian luar jadi ianya menyukarkan pihak polis untuk mendapatkan maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.Editor-Sofia