Powered by Blogger.

Wednesday, May 16, 2018

"Saya Risaukan Kesihatan Tun Yang Tak Cukup Tidur"-Tun Siti Hasmah


Semenjak kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ini dan kedudukannya telah rampas oleh Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi PRU14 baru-baru ini.Rata-rata daripada rakyat Malaysia seperti mendapat semangat baru selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali gus mengalahkan Datuk Seri Najib.

Dalam usia 93 tahun ini beliau masih lagi kuat melakukan tugas yang telah diamanahkan.Kebanyakan daripada netizen telah menyuarakan bahawa mereka risau melihat Tun Dr Mahathir tidak cukup rehat bagi menyelesaikan masalah negara.


Sejak beliau mengangkat sumpah pada 10 Mei yang lalu,Tun M sememangnya tiada masa untuk berehat.Isteri kesayangannya Tun Siti Hasmah juga telah meluahkan rasa risaunya dengan menyatakan "Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur, waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan, dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4 – 5 pagi dan pada esoknya 7 pagi beliau sudah ada di pejabat.”


Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan Tun dan hanya doa sahaja mampu dipanjatkan kepada Allah swt. Semoga Tun Mahathir terus diberikan kesihatan yang baik berpanjangan demi menyelesaikan apa yang perlu diselesaikannya.


Antara komen netizen adalah "Bismillahirohmanirohim..Ya Allah Kau panjangkanlah usia tokoh hebat ini..Moga beliau sentiasa dalam keadaan sihat untuk perjuangan rakyat Malausia.Dia juga yang telah bangunkan Malaysia,dan beliau juga yg berusaha untuk pulihkan Malaysia".Editor-Sofia