Skip to main content

Kita Bodoh Kerana Menafikan Realiti - Khairy Jamaluddin


Tidak seperti anggapan sesetengah pemimpin BN Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengakui mereka kalah kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini bukan kerana isu persepsi, tetapi realiti.

Kata anggota parlimen pembangkang dari Rembau itu BN "bodoh" kerana menafikan hakikat itu.

Katanya BN menafikan isu 1MDB - yang menjadi antara topik utama HARAPAN berkempen - serta skandal lain.

"Kita kata tak ada, sudah dijawab. Kita menipu diri sendiri sampai hari terakhir," katanya dalam temu bual disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Sebelum itu Khairy ditanya sama ada kekalahan BN berpunca daripada kegagalan parti tersebut menguruskan persepsi.

Katanya BN tidak boleh lagi bercakap mengenai persepsi kerana sebelum muncul isu itu, mesti ada suatu realiti yang terjadi.

"Persepsi itu dibentuk oleh realiti. Realiti sudah ada. Cuma kita bodoh kerana menafikannya selama ini," katanya.

BN kecundang buat kali pertama dalam sejarah selepas gagal mendapat kerusi mencukupi di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

HARAPAN memperoleh 122 kerusi parlimen manakala BN hanya 79. Satu blok lagi yang diterajui PAS hanya mendapat 18 kerusi. Selebihnya adalah wakil bebas.

Di peringkat dewan undangan negeri (DUN) pula BN hanya berkuasa di Perlis dan Pahang, manakala PAS menguasai Kelantan dan Terengganu.

Penolakan besar-besaran itu sangat mengejutkan malah presiden MCA, MIC dan Gerakan - antara parti yang membentuk BN - juga kalah di kerusi masing-masing.

Sementara itu Khairy juga berkata Umno perlu melakukan perubahan besar-besaran untuk membolehkan ia kekal relevan kepada rakyat.

Katanya kekalahan mereka pada PRU lalu bukan sekadar kerana penolakan masyarakat kepada pemimpin malah terhadap parti itu sendiri.

Menurutnya Umno perlu mengakui mereka gagal membaca kehendak rakyat di sebalik amalan budaya feudal, hidup mewah, angkuh, sombong serta tidak berani bersuara terhadap pemimpin sehingga akhirnya parti melakukan kesilapan yang besar.

"Walak itu, walaklah, tetapi dalam keadaan kami semua tidak dapat membaca sentimen sebenar rakyat. Itu kita kena mengaku," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...