Seorang wanita yang berniat mahu memasak sup tulang bertukar tragedi ngeri apabila pressure cooker yang digunakan meletup.
Peristiwa ini bagaikan mimpi ngeri yang menimpa dirinya. Ianya terjadi apabila wanita ini mahu memasuk sup tulang untuk dibuat juadah makan tengah hari dan memadangkan dia mahu mendirikan rumah tangga sebulan lagi ,ibu nya menyuruh dia untuk masak sup tersebut dengan hsail air tangan sendiri.
Akur dengan perintah ibunya, wanita ini menyediakan segala persiapan untuk memasak sup tulang termasuklah mengeluarkan pressure cooker untuk diguna pakai supaya daging dapat dimasak dengan empuk.
Sebaik sahaja dia memasukkan segala ramuan sup kedalam pressure cooker dan menekan kunci yang terdapat pada periuk tersebut wanita ini menunggu untuk seketika.Untuk maklumat anda wanita ini tidak pernah menggunakan periuk tersebut sebelum ini dan tidak tahu cara pemakaian nya.
Disebabkan itu apabila dia menyentuh pemeggang periuk berkenan dan secara tiba-tiba pressure cooker tersebut meletup ke arah mukanya. Air sup yang terdapat didalam periuk tersebut terkena pada seluruh mukanya.
Mujur semasa kejadian wanita ini sempat menutup matanmya daripada terkena percikan sup.Bukan hanya muka tetapi badan wanita ini juga turut terkena percikan sup yang panas. Lantas kakaknya menyuruh dia untuk mengalirkan air pada bahagian yang terkena air sup itu supaya tiada gelembung.
Menurutnya lagi, peristiwa ini terjadi disebabkan kecuaian nya kerana memantang enteng cara penggunaan pressure cooker tanpa ada sebarang ilmu penggunaan. Laporan hospital menyatakan bahawa wajahnya hanya 1-5% yang terbakar.
Tambahnya lagi, sebaiknya kaji dahulu cara penggunaan sebelum memakainya bagi mengelakkan kejadian sebegini terjadi. Jadikan kejadian yang menimpa wanita ini sebagai satu iktibar kepada kita semua supaya lebih berhati-hati.Editor: Bella