Skip to main content

Bayi Dibuang Disangka Mati, Namun Diselamatkan Perempuan Tua


CHINA: Seorang bapa yang tidak berhati perut tergamak membuang anak perempuannya sendiri yang baru sahaja dua jam dilahirkan ke dalam tong sampah pada Isnin lalu di barat daya China.

Bapa kepada bayi tersebut dikatakan telah memasukkan bayi malang yang dilahirkan di rumah mereka itu ke dalam satu beg kertas sebelum bertindak membuangnya ke dalam tong sampah.

Suspek mendakwa, dia dan teman wanitanya melihat bayi perempuan itu bertukar warna ungu dan menganggap bahawa bayi itu sudah tidak lagi bernyawa dan memutuskan untuk membuangnya.

Bapa terbabit yang dikenali sebagai Li, memberitahu kepada pegawai penyiasat bahawa teman wanitanya yang mengandung selama lapan bulan telah mengadu mengalami sakit perut dan secara tiba-tiba dia telah melahirkan bayi itu di ruang tamu rumah mereka sendiri.

Li kemudiannya turut membantu menjaga teman wanitanya yang dilihat lemah serta turut meletakkan bayi malang itu di atas katil sebelum terkejut melihat kulit bayi tersebut bertukar ungu dan menganggapnya sudah tidak bernyawa lalu membuangnya.

Namun, nasib baik telah menyebelahi bayi malang yang masih bertali pusat itu apabila seorang 'bidadari' iaitu seorang warga emas berjaya menyelamatkannya.

Warga itu bertindak dengan menyelimuti bayi malang itu dengan pakaiannya sebelum pasukan polis tiba di tempat kejadian.

Menurut pihak polis, bayi perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati, bayi malang tersebut berada dalam keadaan sihat.

Sebaik sahaja perkara itu disahkan, pihak polis berjaya menahan Li dan teman wanitanya, Lai di rumah mereka pada petang Selasa yang lalu.

Bagaimanapun, bayi malang itu kemudiannya diserahkan ke Biro Kebajikan Kanak-Kanak dan dibawa ke rumah anak yatim. Sumber: Astro Awani , Editor: Amira






Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...