Skip to main content

Posts

Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan, tuntut tebusan RM2 juta

SEREMBAN - Lima sekeluarga termasuk pasangan suami isteri didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis. Tertuduh, D Sasveena, 31; T Boharaj, 32; Farhin Muhamad Ariffin, 23; dan dua beradik P K Koshenn Kumar, 21, serta P K Siveeshinaa, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan niat bersama menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara melarikannya bagi tujuan menuntut wang tebusan RM2 juta. Kesalahan itu dilakukan pada di hadapan sebuah salun rambut di Jalan S2 B10, Uptown Avenue Seremban 2 kira-kira jam 5.45 petang pada 10 April lalu. Semua tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 30 tahun dan sebatan. Sementara itu, peguam, T Harpal Singh memohon tarikh singkat iaitu dua minggu untuk memfailkan hujahan mitigasi rayuan jaminan...

Suami isteri antara 'budak suruhan' ceti haram ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek 'budak suruhan' ceti haram atau along Singapura yang disyaki melakukan khianat dengan api dan simbah cat di negara ini dengan upah sehingga RM1,500 daripada sindiket itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek termasuk sepasang suami isteri ditahan di kawasan rumah di Kepong dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam operasi khas pada 8 serta 9 April lalu. Beliau berkata, penangkapan semua suspek berumur 20 hingga 22 tahun itu susulan laporan seorang mangsa memaklumkan rumahnya di Ampang dibaling bom petrol (molotov cocktail) pada 20 Mac lalu. Siasatan mendapati, dua suspek mengenali dan mendapat tawaran along dari Singapura itu dibuat menerusi media sosial yang mana seorang daripada mereka menjadi orang tengah bagi mendapatkan pekerjaan itu. "Suspek menerima upah antara RM1,000 hingga RM1,500 sekiranya melakukan khianat dengan api manakala RM600 hingga RM900 bagi khianat simbah cat. "Siasatan mendapati...

Koleksi senjata api 'Tuanku Zulkarnain' dirampas

SHAH ALAM - Hobi seorang pesara mengumpul senjata api dan tiruan sebagai koleksi mengundang padah apabila diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Serendah, Isnin lalu. Suspek yang dipercayai menggunakan gelaran palsu kerabat diraja itu mendakwa menyimpan senjata berkenaan sebagai koleksi peribadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Beliau berkata, pihaknya mendapati lelaki berusia 69 tahun itu menyimpan tiga senjata api, beberapa laras senjata airsoft, peluru hidup dan pelbagai aksesori berkaitan. "Antara yang dirampas termasuk sepucuk pistol revolver jenis Smith & Wesson, selaras senapang CAL 22/5.5M, dan sepucuk pistol CZ 75. "Turut ditemui ialah beberapa laras senjata menyerupai model AK47 dan M4 yang dipercayai merupakan senjata tiruan serta sepucuk pistol menyerupai Glock P38 Auto," katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di ...

DNA babi: KPDN, Jakim tarik keluar produk makanan berkaitan dari pasara

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menggunakan bidang kawal selianya untuk mengeluarkan produk makanan dari Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porsin), jika produk terbabit berada dalam pasaran tempatan. Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata tindakan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kedua-dua pihak juga telah mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan. “KPDN akan bekerjasama dengan Jakim dan agensi agama pada peringkat negeri bersandarkan kepada pengumuman badan halal Indonesia. “Kita akan ambil tindakan segera menangani perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN di Putrajaya hari ini. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Jakim mengarahkan pengimport yang membawa masuk produk makanan daripada pasaran Indonesia yang mengandungi DNA babi untuk menarik balik produk terbabit da...

Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan. ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, berkata ia berdasarkan laporan kimia diperoleh daripada sampel spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan yang berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati. "Keputusan laporan ini dikeluarkan oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon yang berpadanan dengan profil DNA daripada spesimen tulang berlabel Zayn Rayyan Abdul Matin," katanya ketika ditanya Hakim Dr Syahliza Warnoh tentang pemilik darah itu .Mohd Hafizee, yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, berkata darah yang ditemukan di bilik air adalah milik tertuduh pertama iaitu Zaim Ikhwan Zahari manakala darah dalam bilik pula ialah ...

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Israel kutuk rancangan Perancis untuk iktiraf Palestin

Menteri Luar Israel Gideon Saar telah mengutuk rancangan Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin, mendakwa ia akan menjadi “ganjaran untuk keganasan”.   Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam wawancara di saluran France 5 pada Rabu menyatakan Perancis merancang mengiktiraf negara Palestin, mungkin pada Jun semasa persidangan antarabangsa bersama Arab Saudi.   “’Pengiktirafan unilateral’ terhadap negara Palestin fiksyen oleh mana-mana negara, dalam realiti yang kita semua tahu, akan menjadi hadiah untuk keganasan dan dorongan untuk Hamas,” tulis Saar di X pada Rabu.   Beliau mendakwa “tindakan sebegini tidak akan mendamaikan rantau kita—sebaliknya menjauhkannya lagi.”   Macron berkata, “Kita perlu bergerak ke arah pengiktirafan, dan kami akan lakukan dalam masa terdekat.”