Skip to main content

PAKIN Sokong Tindakan Undang-Undang Aaron Aziz Terhadap Penyebar Fitnah


Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Pertubuhan Arah Kemanusian Insan (PAKIN Malaysia) menyatakan sokongan penuh terhadap pelakon dan aktivis terkenal, Aaron Aziz, yang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab yang didakwa terlibat dalam buli siber dan penyebaran fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Presiden PAKIN Malaysia, Zakir Halim Bin Zahiah, berkata tindakan segelintir pihak yang memutar belit kenyataan Aaron Aziz sehingga menimbulkan persepsi negatif kononnya beliau tidak menyokong perjuangan rakyat Palestin merupakan satu perbuatan keji dan tidak beretika.

“Perbuatan seperti ini bukan sahaja mencemar maruah seseorang, malah boleh memberi kesan psikologi dan emosi kepada mangsa serta keluarganya. Sebagai seorang artis yang banyak membawa mesej kemanusiaan, Aaron Aziz tidak seharusnya menjadi mangsa kepada manipulasi dan fitnah media sosial,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurut beliau, buli siber dan fitnah adalah jenayah moral serta sosial yang perlu dibanteras secara serius, dan setiap individu berhak mempertahankan nama baik serta maruah diri melalui saluran undang-undang yang sah.

PAKIN turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan platform media sosial, serta menilai kesahihan maklumat sebelum menyebarkan sesuatu isu.

“Media sosial bukan tempat untuk menjatuhkan maruah atau mempermainkan imej seseorang. PAKIN berdiri teguh bersama mangsa fitnah dan akan terus memperjuangkan keadilan, kebenaran serta hak kemanusiaan,” tambahnya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan bahawa Aaron Aziz telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berhubung pendiriannya terhadap isu Palestin.

PAKIN Malaysia menegaskan bahawa organisasi itu akan terus menyokong mana-mana pihak yang berani mempertahankan diri daripada fitnah dan penindasan digital, selaras dengan prinsipnya — “Membela, Melindungi dan Memperjuangkan Hak Insan.”

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut