Skip to main content

Peniaga Lari Tinggalkan Gerai Tanpa Tutup Api Di Dapur


Georgetown: Puluhan lipas ditemukan dalam rak simpanan bahan makanan menjadi antara punca beberapa gerai di medan selera New World Park, Jalan Burma di sini, diarah tutup selama 14 hari.

Pemeriksaan di premis lain pula mendapati pengendali makanan menggunakan tuala pengelap dan dapur 'berkerak' selain peralatan masak yang berjelaga serta hitam.

​Malah, ada peniaga lari meninggalkan gerai tanpa menutup api di dapur selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa.

Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, ​Muhammad Firdaus Abdul Halim berkata, dua daripada 28 premis yang diperiksa diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Disyorkan

Katanya, sebanyak 21 notis atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan kepada peniaga.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah pengendali makanan tidak mempunyai suntikan antitifoid dan tidak menjalani latihan pengendali makanan.

"Kita juga mengesan premis yang menyimpan ramuan makanan melebihi tarikh luput dan persekitaran yang tidak bersih serta kotor," katanya.

O​perasi berkenaan turut membabitkan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pada pemeriksaan itu juga, peti sejuk di beberapa gerai turut didapati diletakkan dengan pelbagai bahan makanan yang dikhuatiri berlaku pencemaran silang.

Pegawai penguat kuasa KPDN turut memeriksa dan menerangkan kepada pemilik premis mengenai penyimpanan tong gas petroleum cecair (LPG).

Menurut Muhammad Firdaus, keseluruhan kompaun berjumlah RM6,900. - Harian Metro 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut