Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Uqaira


PELAKON Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram, kata Uqasha tiada kata-kata dapat menggambarkan rasa syukurnya.

"Alhamdulilah selamat melahirkan my little princess subuh tadi.

"Welcome to the world sayangku, i love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg," maklum Uqasha.

Uqasha sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Pasangan Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Artikel asal yang disiarkan di Gempak