Skip to main content

Maut Ditikam Berkali-Kali Oleh Bekas Tunang


KOTA KINABALU: Cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan menyebabkan seorang wanita ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini pada Isnin.

Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli-belah itu dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.
 
Katanya, susulan daripada panggilan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

"Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

"Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

"Oleh itu, suspek cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya, namun mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Selasa.

Katanya lagi, berang dengan keputusan mangsa menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa.
"Suspek menikam sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh mangsa sehingga menyebabkan kematian.

"Pihak paramedik yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamat mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 1 petang sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk dibedah siasat.

"Suspek pula ditahan reman untuk membantu siasatan dan pisau yang digunakannya turut dirampas," katanya.

Kalsom berkata, kes yang disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan itu dianggap telah selesai selepas suspek berjaya ditangkap. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...