Skip to main content

Obsesi Tiktok, Suka Aibkan Suami: Musa Hassan Fail Nusyuz Terhadap Isteri


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil hari ini. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, permohonan tersebut akan difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur atas alasan-alasan tuntutan nusyuz. 

Difahamkan, antara alasannya adalah disebabkan berkelakuan tidak senonoh Elly Afizahwati serta obsesi Tiktok yang berlebihan selain menengking, mengaibkan dan keluar rumah tanpa izin suami.

Difahamkan antara alasannya adalah disebabkan kelakuan tidak senonoh isterinya serta obsesi Tiktok yang berlebihan selain menengking, mengaibkan dan keluar rumah tampa izin suami.

Tan Sri akan failkan nusyus terhadap isterinya atas alasan-alasan yang diberi dalam permohonan tuntutan tersebut.

Selain itu, beliau akan menghantar saman libel di mahkamah minggu depan selain meminta permohonan maaf secara terbuka terhadap perbuatan fitnah berkaitan penularan video dipercayai dirakam isterinya sehingga tular di media sosial.

Ketika dihunungi, Musa berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya bagi meneruskan proses selanjutnya di mahkamah. 

Ditanya tindakan isterinya membuat permohonan cerai atas faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam Semalam beliau menegaskan itu hak isterinya untuk membuat dimikian.

Mengenai perkembangan hubungan beliau dan isterinya selepas insiden melibatkan beberapa video tular di medai sosial awal bulan ini, Musa memberitahu tiada sebarang perbincangan antara meraka,

Semuanya akan diserahkan kepada peguam untuk proses undang-undang dan mahkamah ujatnya. 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...