Skip to main content

MHO, MCCC, PAKIN, Gesa SPRM Siasat Isu Pemilikan Tanah


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap isu pemilikan tanah di Madai Baturong, Kunak, Sabah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wakil lebih 100 pemilik tanah berkenaan tampil membuat aduan kepada MHO Sabah dengan mendakwa tanah diusahakan mereka selama lebih 25 tahun telah diberikan pemilikan kepada pihak ketiga.

Menurut Hishamuddin, penduduk asal Madai Baturong telah membuat permohonan tanah (PT) sebanyak tiga kali kepada pihak berkuasa sejak tahun 1990-an, namun apabila semakan dibuat pada 2016, mereka diberikan Surat Pembatalan PT oleh Pegawai Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).

Katanya, pada 2021, penduduk kampung menerima maklumat bahawa PT mereka telah dibatalkan oleh pihak berkuasa selain pembatalan tersebut tidak dimaklumkan kepada pemohon.

“Kenapa nak masuk tanah yang dah diteroka dan diusahakan dengan ditanam sawit dan sudah ada perumahan? Mereka sudah tulis surat dan pergi ke Jabatan Tanah dan Ukur, untuk tahu mengapa PT mereka dibatalkan, sekiranya PT ingin dibatalkan kebiasaannya terdapat ulasan antaranya tanah itu tidak berpenduduk atau tidak diusahakan.

“Jelas ini menunjukkan seolah-olah ada satu isu yang perlu disiasat bagaimana tanah yang diusahakan dalam bentuk ladang (kelapa sawit) dibatalkan PT, ia seperti cuba mengusir orang yang dah lama tinggal di situ padahal mereka ini bukan warga asing tetapi dari suku Bugis, Dusun serta sebahagiannya masyarakat Cina,” katanya.

Hishamuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat SPRM bagi memohon perhatian dan satu siasatan terperinci oleh SPRM bersama dua lagi NGO, Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan Malaysia (PAKIN Malaysia).

Sementara itu, Geofle Joseph, 36, yang merupakan penduduk generasi kedua dari kampung berkenaan memberitahu, penduduk asal telah mengusahakan tanah di kawasan tersebut sejak tahun 1997 sehingga kini.

Difahamkan, tanah berkeluasan 10 ekar bagi setiap pemilik itu adalah sebuah skim membasmi kemiskinan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi pekebun kecil.

“Selama kami mengusahakan tanah itu, kami telah memohon PT sebanyak tiga kali atas arahan Jabatan Tanah Daerah, kami ikut arahan yang dikeluarkan namun pada 2021 kami sangat dukacita apabila menerima surat pembatalan tanpa sebab.

“Kemudian kami datang ke Jabatan Tanah Daerah namun masih tidak dapat jawapan apa sebab PT kami dibatalkan, jadi kami sebulat suara mengambil keputusan sebagai pekebun kecil meminta bantuan dari MHO untuk membela kami.

“Tanah itu tidak lah luas mana cuma 10 ekar sahaja setiap orang, jadi itulah tanah untuk membesarkan anak-anak kami dan generasi seterusnya. Sekiranya tanah itu diberi kepada orang lain, dimana lagi tempat kami?,” soalnya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...