Skip to main content

Rogol Adik Ipar Berusia 15 Tahun, Lelaki Dihukum Penjara 20 Tahun, 20 Sebatan


KEMAMAN: Seorang tukang kebun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan setelah mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya dalam kejadian pada September lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun itu membuat pengakuan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. di Mahkamah Sesyen di sini, pada Ahad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik di sini kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.
 
Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di lokasi yang sama kira-kira jam 8 pagi pada 25 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan bagi setiap kesalahan.

Mahkamah menetapkan hukuman ke atas tertuduh bermula dari tarikh tangkap pada 4 Oktober lalu.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut