Skip to main content

Isteri Rentung: "Awak Keluar Kereta Dulu", Kata-Kata Terakhir Isteri Pada Suami

 
KOTA TINGGI: "Awak keluar kereta dulu." Itu kata-kata terakhir Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada suaminya sebelum wanita itu maut akibat terperangkap dalam keretanya yang terbakar selepas kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi.

Sambil menahan sebak, suami mangsa Redzuan Jamil, 28, berkata dia berjaya dibawa keluar oleh orang awam, sebelum dia dan orang awam cuba pula untuk membawa keluar isterinya yang masih tersepit di dalam kereta.

"Ada kemalangan di hadapan saya dan keadaan tengah sesak ketika itu. Tiba-tiba saya sedar ada impak dari belakang apabila lori lima tan rempuh kereta saya dan dua kereta lain. Saya cuba selamatkan isteri saya dengan memecahkan cermin hadapan dan pintu sebelah isteri saya tapi tak berjaya kerana dia tersepit dekat 'dashboard' dan waktu itu isteri saya masih sedar.
 
"Selepas itu, tangki kereta saya meletup dan ada orang bawa saya keluar dari situ. Ketika itu saya tak dengar isteri panggil nama saya dan saya rasa mungkin dalam tu tak panas, dia tak panggil nama saya nampak diam sahaja," katanya ketika ditemui di kediaman bapa mertuanya di Kampung Lukut, dekat sini hari ini.

Redzuan, yang mukanya terdapat luka akibat kemalangan, berkata isterinya tidak menunjukkan sebarang kelainan atau perubahan sebelum kemalangan, namun pemergiannya sangat dirasai kerana sepanjang tempoh tiga tahun bersama, mereka tidak pernah berjauhan malah sentiasa menghabiskan masa bersama.

"Tengah hari semalam saya dari rumah di Kota Masai, sebelum ke Kluang jumpa 'client'. Saya dan isteri kemudiannya bercadang nak ke Gelang Patah untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Johor Darul Ta'zim di Stadium Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya.

Terdahulu, tular video menunjukkan seorang lelaki meraung kesedihan dipercayai isterinya masih terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar di sebuah lebuh raya.

Semalam, dua individu dilaporkan rentung manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak, pada 7.47 malam.

Nurul Nazihah ditemukan tersepit dalam Proton Wira, manakala seorang lagi adalah mangsa dalam Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.

Sementara itu, jenazah Nurul Nazihah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai membanjiri kawasan tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Suasana sayu dan hiba dapat dilihat apabila van yang membawa jenazah memasuki kawasan perkuburan pada 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Batu Empat, di sini sebelum dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Lukut. - BERNAMA

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...