PAKIN, MHO, SEMBOYAN Bersama Tan Sri Musa Hassan Serah Jalur Gemilang Kepada Orang Ramai

Dari kiri Dato Hishamuddin, Tan Sri Musa Hanssan, En Yusuf Azmi dan, En Zack

Kuala Lumpur, Program Penyerahan Jalur Gemilang kepada orang ramai ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Malaysia (MHO) Dato Hishamuddin barsama Tan Sri Musa Hassan yang telah berlangsung pada 25 Ogos yang lalu.

Program ini dibuat bertujuan untuk menyemai dan menaikkan lagi semangat patriotisme dan nasionalisme dikalangan rakyat Malaysia dimana masyarakat perlu sedar betapa pentingnya nilai patriotisme dalam memupuk semangat perpaduan yang tinggi dikalangan masyarakat negara kita yang berbilang kaum.

Turut bersama menjayakan Program Penyerahan Jalur Gemilang iaitu Pengerusi PAKIN Malaysia En, Zack dan Pengerusi Semboyan Malaysia En, Yusuf Azmi.

Program Penyerahan Jalur Gemilang, Pertubuhan Bukan Kerajaan ini telah disampaikan oleh Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan selaku penaung MHO Malaysia.

Semoga dengan penyerahan Jalur Gemilang ini dapat menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 disamping menyemai semangat kecintaan terhadap tanahair tercinta kita, Malaysia.