AWAS! Perokok Yang Dijangkiti Covid-19 Di Kedai Makan


SELAIN daripada perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian sepanjang negara menghadapi pandemik Covid-19, orang ramai perlu mematuhi larangan merokok khususnya di kedai makan dan kawasan terbuka.

Perkara tersebut perlu dipraktikkan untuk mengelakkan komplikasi merokok dan jangkitan Covid-19 menular dengan mudah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius.

Kementerian Kesihatan telah mewartakan semua kedai makan sama ada berhawa dingin atau tidak, sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau

Terdapat aduan berkaitan aktiviti merokok di kedai makan melalui talian hotline Kementerian Kesihatan dan aduan yang diterima telah meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikuatkuasakan sejak 10 Jun lalu

Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk mengukuhkan semua kewajipan melindungi bukan perokok daripada bahaya asap rokok atau mana-mana produk merokok lain.

Awas perokok! Perbuatan anda bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malahan turut mampu menjejaskan orang yang berada disekeliling. - Sumbar: Sinarplus