Skip to main content

Pakcik Muat Naik Gambar Di Status WhatsApp

 

ARAU: Warga emas berusia 57 tahun terima padah memuat naik gambar anak saudara perempuan yang berusia sembilan tahun tanpa pakaian dalam status WhatsApp ditahan polis semalam.

Menurut laporan berita harian online, suspek merupakan seorang penoreh getah melakukan perbuatan terkutuk itu pada Isnin lalu ketika pergi ke rumah mangsa yang secara kebetulan tinggal berseorangan di Mata Ayer di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata kejadian itu disedari ahli keluarga mangsa selepas suspek memuat naik gambar mangsa yang tidak berpakaian dalam status 'WhatsApp' pada jam 12 tengahari semalam.

Katanya, menyedari perbuatan suspek, ahli keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis yang kemudian ditahan ditahan petang semalam.

"Hasil siasatan mendapati suspek ke rumah mangsa pada Isnin lalu ketika mangsa berseorangan dan bertindak membuka pakaian mangsa sebelum mencabul.

"Suspek juga meminta mangsa memegang kemaluannya sebelum mengambil gambar mangsa yang tidak berpakaian menerusi telefon bimbitnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nanda berkata, bagaimanapun suspek tidak merogol mangsa dan beredar sejurus selesai menangkap gambar kanak-kanak terbabit.

"Pemeriksaan di dalam telefon bimbit suspek turut menemui sejumlah gambar mangsa yang tidak berpakaian.

"Suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5 dan 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...