Skip to main content

Orang Ramai Bimbang 'Kluster Najib' Di Mahkamah


Ramai tidak mematuhi amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan kes rasuah SRC International.

Situasi itu menimbulkan keraguan dan kebimbangan bagi pemerhati perjalanan kes penghakiman tersebut, sama ada di siaran media rasmi, mahupun dalam kalangan netizen di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian wartawan Astro AWANI di lokasi, anggaran lebih 1,000 penyokong hadir ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dengan sebahagian besar daripada mereka menaiki 11 buah bas.

Kesemua mereka hadir seawal pukul 6 pagi dengan memakai baju merah dan biru serta melaungkan ‘Hidup Bossku’ dan sebagainya.

Difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan pada 11.15 pagi kepada orang awam yang berada di sekitar Kompleks Mahkamah itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Polis turut mengarahkan orang ramai agar menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka menggunakan pembesar suara daripada kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, pihaknya sentiasa mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk memantau keadaan di sekeliling mahkamah bagi menghindari situasi tidak diingini.

"Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terlibat mematuhi penjarakan sosial," katanya.

Pihak polis juga akan mengingatkan orang awam mengenai SOP COVID-19 dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa berhubung tujuh pertuduhan berkaitan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang secara haram melibatkan SRC International Sdn Bhd. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...