Skip to main content

Warga Asing 'Kebal' Bebas Berniaga Musim PKP?

Azmizam menunjukkan kedai dipercayai milik warga asing beroperasi dalam musim PKP ini.
KLANG - Warga asing didakwa 'kebal' dengan menjalankan operasi perniagaan sewenang-wenangnya di sekitar kawasan Klang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang membuat siaran langsung melalui Facebooknya ketika tinjauan di beberapa kawasan.

"Salam kepada Tuan Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ini apa? Warga tempatan ke warga asing? Ada lesen ke? Ikut SOP MKN ke?

Azmizam turut mempertikaikan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas peniaga warga asing terbabit.

"Semalam Tuan Pengarah cakap dengan saya MPK sudah ambil tindakan terhadap semua peniaga-peniaga warga asing. Jangan tipu saya sahabat. Berapa lama sudah pegang jawatan Pengarah Penguatkuasa MPK? Tak nampak ke ni?" katanya.

Azmizam menunjukkan kedai dipercayai milik warga asing beroperasi dalam musim PKP ini.

Azmizam menunjukkan kedai dipercayai milik warga asing beroperasi dalam musim PKP ini.

Beliau turut mendakwa bahawa apa yang berlaku ini bukan hanya di satu tempat malahan beberapa tempat lain di Klang.

"Nanti saya rakamkan video tempat lain pula ya Tuan Pengarah Penguatkuasa atau Tuan Pengarah Penguatkuasa nak saya buat FB Live baru percaya apa yang saya rakam ni?

"Ini satu permulaan pada hari ini 1 Mei 2020 jam 1615. Nantikan episod video yang seterusnya dan korang rakyat Klang tak akan sangka dengan apa yang ada di Klang ni," katanya.

Menurutnya, terdapat satu kawasan warga asing berniaga secara terbuka tanpa menghiraukan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi.

"Ada satu tempat ni, warga-warga asing ini berniaga dengan meriahnya tanpa lesen dan tanpa ada perasaan takut pun dan seolah-olah dilindungi oleh seseorang.

"Tuan Pengarah Penguat kuasa tahu tak tempat ni? Jangan hanya kacau warga tempatan sahaja tetapi warga asing dibiarkan ya Tuan Pengarah Penguatkuasa.," katanya.

Tindakan Azmizam memuat naik suasana di hadapan kedai runcit warga asing tersebut disokong netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani dan PBT perlu ambil serius berkaitan isu yang dibawa ini.

Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung dakwaan berkenaan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...