Powered by Blogger.

Friday, April 10, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutka - Perdana Menteri

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini.

Beliau berkata, pelanjutan PKP dua minggu ini selaras dengan pandangan WHO supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.

"Atas nasihat Kementerian Kesihatan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP selama dua minggu lagi iaitu bermula 15 April sehingga 28 April.

"Pelanjutan tempoh PKP untuk beri ruang petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain elak penularan semula wabak," kata dalam perutusan khas sebentar tadi. - Sinar Harian