Tak Boleh Keluar Duit Waktu Malam Masa Operasi ATM Dihad

KUALA LUMPUR: Semua operasi mesin juruwang automatik (ATM) dihadkan antara 8 pagi hingga 8 malam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu berikutan polis mendapati ramai menggunakan alasan mengeluarkan wang untuk keluar hingga lewat malam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Polis melaporkan masih ramai menjadikan alasan mengeluarkan wang di ATM kerana kecemasan dan sebagainya.

“Jadi kita putuskan ia dihadkan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat menteri bagi pelaksanaan PKP di Putrajaya dekat sini, hari ini. - Berita Harian Online