Powered by Blogger.

Wednesday, April 15, 2020

Tiga Beradik Rayu Bantuan Bawa Pulang Bapa

Tiga beradik memohon bantuan orang ramai bagi membawa pulang ayah mereka yang kini terlantar di Mokpo Honkook Hospital, Korea Selatan akibat angin ahmar.

Anak sulung pesakit, Nor Shahzrina Mohd Nuruddin, 25, berkata ayahnya, Mohd Nuruddin Abdullah @ Jalin Tompipi, 54, diserang angin ahmar pada 7 April lalu menyebabkan kehilangan fungsi saraf di separuh anggota badan.

Katanya, ayahnya yang bekerja sebagai pemetik buah di daerah Mokpo sejak Februari lalu itu turut menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di bahagian kepala.

“Memandangkan ayah dan ibu sudah bercerai, kami tiga beradik buntu dan tidak tahu cara untuk membawanya pulang ke negara ini memandangkan kos yang tinggi.

“Malah, kos pembedahan sahaja sudah mencecah RM36, 000. Setakat ini, sebanyak RM20,000 yang dikumpul melalui bantuan keluarga, rakan-rakan ayah serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang menetap di Kampung Bulieng, Tuaran.

Nor Shahzrina yang juga bekerja sebagai kerani sejak Disember tahun lalu berkata, dua adik perempuannya, Nor Shahrlin Ain Mohd Nuruddin, 23, serta Nor Shahfinah Ain Mohd Nuruddin, 21, masih menuntut.

“Setiap hari kami risaukan keadaan ayah. Lebih-lebih lagi kami tidak dapat berkomunikasi dan hanya rakannya yang sanggup membantu untuk melawatnya dan menyampaikan perkembangan kepada kami.”

“Pihak kedutaan Malaysia di sana juga ada membantu menjelaskan keadaan ayah serta jumlah kos rawatan dari pihak hospital berkenaan.

“Kami cuma mampu berharap, ada pihak yang sudi membantu bagi memudahkan urusan kami,” jelasnya.

Menurutnya, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubunginya di talian 014-6539861. - Berita Harian Online