Skip to main content

Lelaki Ini Terima Padah Fitnah Polis Ambil Duit Ketika Sekatan Pemeriksaan

Lelaki yang ditahan kerana cuba menfitnah polis dengan memuat naik status di Facebook. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkifli
Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki menfitnah polis dengan memuat naik status di Facebook, kononnya polis mengambil duit ketika sekatan pemeriksaan di Jalan Pantai Johor - Gunung Keriang, semalam.

Suspek pertama, berusia 27 tahun ditahan jam 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampung Sungai Baru Gunung, dekat sini, selepas dua jam dia memuat naik status itu.

Bagaimanapun, suspek yang juga peniaga makanan, mengaku sudah memadam status berkenaan yang dimuat naik di Facebook malam tadi, namun sempat ditangkap layar dan diterima polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata hasil siasatan lanjut mendapati suspek memuat naik status itu selepas dimaklumkan oleh suspek kedua berusia 26 tahun, kononnya polis membuka dompetnya dan mengambil wang ketika sekatan pemeriksaan dilakukan.

Berikutan itu, katanya suspek kedua ditahan jam 11.40 malam di tepi jalan di sekatan persimpangan lampu isyarat Pantai Johor ke Gunung Keriang selepas dihubungi polis untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ,suspek kedua positif dadah jenis methapetamine manakala suspek pertama bebas dari dadah.

“Hasil siasatan juga mendapati lelaki itu (suspek kedua) cuba merasuah anggota kami ketika sedang melakukan pemeriksaan di sekatan berkenaan malam tadi, ” katanya.

Mohd Rozi berkata, kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit milik kedua-dua suspek untuk membantu siasatan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...