Skip to main content

Gadis 15 tahun Hilang, Motosikal Ditemui Di Kebun Sawit

SUNGAI PETANI: Seorang gadis berusia 15 tahun dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini, sejak Isnin lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga, Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre, 15, dikatakan keluar seorang diri ke kedai runcit berkenaan dengan menaiki motosikal milik kakaknya kira-kira 6.30 petang, 6 April lalu.

Kakaknya, Siti Nazira, 23, berkata Nor Aleeya keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya ditemani seekor anak kucing miliknya.

“Petang Isnin lalu, adik hanya beritahu emak hendak keluar membeli paracetamol dan emak suruh dia keluar cepat kerana bimbang kedai tutup.

“Kami sekeluarga mula risau selepas mendapati dia tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam dan cuba mencarinya, namun hanya menemui motosikal dinaikinya di kawasan kebun sawit dalam keadaan tidak berkunci,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nazira berkata, terdapat saksi yang mengatakan terdengar suara jeritan di lokasi motosikal berkenaan ditemui pada malam kejadian adiknya dilaporkan hilang.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Bedong, Selasa lalu, selepas mereka gagal mengesan anak keempat dari tujuh beradik itu.

“Kami tidak tahu hendak cari dia di mana lagi, dia sendiri tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi.

“Kami sangat risau dengan keadaannya memandangkan dia tidak pernah keluar seorang diri, biasanya Nor Aleeya akan keluar bersama kembarnya Nor Aleeya Najwa sahaja,” katanya.

Nazira merayu pada sesiapa yang menemui Natasha diminta menghubunginya di talian 018-9429603 atau melaporkan di mana-mana balai polis terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan gadis berkenaan dan siasatan lanjut mengenainya masih dilakukan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...