Powered by Blogger.

Thursday, March 26, 2020

Rampas 223,000 Topeng Muka Yang Disorok

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000 unit topeng muka tiga lapisan berjumlah RM446,000 yang disorok untuk dijual dengan harga lebih tinggi.

Rampasan itu dibuat di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

KPDNHEP mendapati premis tersebut menjual secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, melebihi harga maksimum RM2.00 seunit.

Operasi tersebut dijalankan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam yang melaporkan suspek menggunakan Facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka

Suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000. - Malaysiakini