Skip to main content

Luahan Hati Tun Dr Mahathir Mohamad

Hasil carian imej untuk tun dr mahathir mohamad
"Dulu depa mintak tolong saya lead Pakatan Harapan untuk hadapi Pilihanraya Umum, Depa nak saya jadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan menang pilihanraya. 

Katanya untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan sudah bersedia untuk memerintah negara, menggantikan UMNO yang korup... Ternyata strategi itu berjaya, Pakatan Harapan menang PRU-14.

Bila saya jadi Perdana Menteri, depa tak sabar nak suruh saya berhenti, desak saya suruh serah jawatan kepada Anwar, duk tuduh saya, apa nama, gila kuasa dan sebagainya.

Sedangkan saya fikir kalau saya resign dalam keadaan sekarang, Pakatan Harapan akan jatuh, sebab Anwar tidak punya sokongan yang cukup dari ahli dewan rakyat untuk jadi Perdana Menteri.

Satu lagi, depa tak faham, Saya tak boleh serahkan jawatan Perdana Menteri kepada sesiapa pun, itu bukan kuasa saya.

Saya tidak ada hak untuk lantik Perdana Menteri selepas saya, 'Serah jawatan' itu hanya istilah saja, tapi perlantikan Perdana Menteri itu ada proses dan tatacaranya.

Dulu saya jadi Perdana Menteri ke-4, kemudian saya letak jawatan, lalu UMNO sebulat suara cadangkan kepada YDP Agong untuk lantik Pak Lah jadi Perdana Menteri, dan Agong pun setuju.

Bukan saya yang serah jawatan kepada Pak Lah dan bukan saya yang lantik Pak Lah jadi Perdana Menteri dan selepas itu pun, bukan Pak Lah yang serah kuasa kepada Najib dan bukan Pak Lah yang lantik Najib jadi Perdana Menteri, Pak Lah letak jawatan, dan UMNO sebulat suara setuju lantik Najib, Agong pun perkenankan perlantikan itu.

Sekarang depa desak saya lepaskan jawatan untuk beri laluan kepada Anwar, Tapi bila saya umumkan letak jawatan, depa gagal angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana tak cukup sokongan, depa tuduh saya telah mengkhianati Pakatan Harapan, Depa tuduh saya, apa nama, gulingkan kerajaan Pakatan Harapan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...