Skip to main content

Hanya Tidak Menyediakan Makanan, Wanita Dibelasah Dengan Lesung Batu

PERAI - Seorang lelaki 'naik hantu' apabila bertindak membelasah teman wanitanya menggunakan lesung batu sehingga cedera selepas mangsa dikatakan tidak menyediakan makanan selain sering berleter.

Dalam kejadian di Taman Kimsar, jam 9.15 pagi tadi, suspek berusia 47 tahun yang tinggal bersama mangsa sejak tiga tahun lalu turut memukul wanita berusia 44 tahun itu dengan menggunakan besi buaian kanak-kanak sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi dan belakang kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah berkahwin dan keluarganya tinggal di Bedong, manakala wanita berkenaan berstatus janda dan mempunyai tiga orang anak.

"Pada awal perkenalan hanya mangsa yang tinggal serumah dengan suspek, namun mangsa membawa dua anak kandungnya dan dua cucu tinggal serumah dengan mereka.

"Perkara tersebut telah berlarutan sehingga dua tahun menyebabkan suspek terpaksa menanggung segala perbelanjaan di rumah berkenaan.

"Keadaan itu membuatkan suspek tertekan dan mereka dikatakan kerap bertengkar disebabkan wanita berkenaan suka berleter," katanya ketika dihubungi di sini.

Mustafa berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian melalui jiran tetangga yang menghubungi polis selepas melihat wanita berkenaan dalam keadaan berdarah akibat pergelutan berlaku di luar rumah.

Katanya, sepasukan polis termasuk Unit Forensik diarahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan dan menemui tompokan darah di atas lantai di kawasan tempat letak kereta serta di hadapan rumah.

Polis turut merampas penumbuk lesung batu dan satu besi buaian kanak-kanak yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian terbabit.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, namun tiada kesan kecederaan serius dilaporkan.

Katanya, suspek telah ditahan dan akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...