Skip to main content

Sumbang Mahram Terhadap Anak Perempuan Berusia 12 Tahun

SEREMBAN - Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya seawal usia 12 tahun.

Tertuduh berusia 48 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa selepas kesemua pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, kali pertama perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Felda Bukit Jalor Gemencheh, Tampin pada 28 Disember 2015 ketika anak tertuduh berusia 12 tahun.

Pertuduhan kedua dilakukan di lokasi sama pada 26 Disember 2018 ketika anaknya itu berusia 14 tahun manakala lima pertuduhan dilakukan pada tahun 2019 iaitu pada 5 Jun; 31 Ogos; 22 Oktober; 28 November dan 24 Disember juga di lokasi sama ketika mangsa berusia 15 dan 16 tahun.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurhafizah Haron tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh merupakan bapa kandung mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya hanya memberitahu akan melantik peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan berkomunikasi atau hubungi mangsa, perlu melapor diri di Balai Polis Air Kuning Selatan di Gemenceh setiap bulan dan perlu hadir di mahkamah setiap kali sebutan kes dan bicara.

Jika kesemua syarat berkenaan gagal dipatuhi, jaminan diberikan akan ditarik balik dan menetapkan sebutan semula kes 12 Mac ini. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...