Skip to main content

Suami Maut, Isteri Cedera Ditetak Warga Indonesia

DUNGUN: Seorang buruh ladang maut selepas ditetak rakan dikenalinya yang juga warga Indonesia dalam kejadian di ladang sawit Kampung Beril Paka, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, meninggal dunia akibat kecederaan kesan ditetak di bahagian lehernya manakala isterinya, Rosnah Muhamed, 34, yang turut ditetak cedera di tangan kanan ketika menahan tetakan parang suspek.

Sebaik menetak kedua-dua mangsa, suspek warga Indonesia yang dikenali sebagai Joko berusia 29 tahun itu bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Sebelum kejadian, beliau berkata, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Cacar Paka, kira-kira 30 kilometer dari sini bersama lima anaknya berkunjung ke rumah suspek di kawasan ladang terbabit kira-kira jam 8 malam.

“Mangsa yang bekerja di ladang bersebelahan dengan suspek yang dikenali sejak empat tahun lalu. Mereka sekeluarga sempat makan malam di rumah suspek dan turut bercadang tidur di situ,” katanya.

Baharudin berkata, kira-kira jam 2.45 pagi, isteri mangsa mendapati suaminya dan suspek masih belum tidur.

”Suspek ketika itu memegang parang sambil menebas belukar di sekitar kawasan rumahnya sebelum tiba-tiba menghampiri mangsa.

“Melihat keadaan suspek yang berkelakuan ganjil itu, mangsa kemudiannya turut mengambil sebilah parang di dalam keretanya dan bertanya masalah yang dihadapi suspek namun suspek mendakwa tiada sebarang masalah,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya merapati suspek dan bertindak merampas parang di tangan suspek.

“Bagaimanapun suspek merampas parang di tangan mangsa dan terus menetak mangsa sebelum meluru dan menetak isteri mangsa pula.

“Isteri mangsa bernasib baik kerana sempat menahan tetakan suspek sebelum bertindak melarikan diri,”katanya.

Baharudin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan telah membawa kereta keluar dari kawasan kejadian dan meminta bantuan sehingga tiba di tapak pos pengawal projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di situ.

“Pengawal terbabit kemudiannya segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Paka dan mangsa disahkan meninggal ketika dalam perjalanan,” katanya.

Baharuddin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan gerakan memburu suspek sedang dilakukan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...